Tuesday, December 8, 2009

MyPC TERUS AKTIF TAMBAH AHLI

Malaysia Perdana Club (MyPC) terus berusaha untuk menambah keahlian bagi menjadikan aktiviti berkelab sebagai jambatan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti kekeluargaan, amal kebajikan dan silaturahim diantara ahlinya dan masyarakat setempat. Oleh yang demikian MyPC mengalu-alukan semua pemilik dan mereka yang memandu kereta Proton Perdana bagi menyertai kelab ini. Banyak aktiviti diadakan bagi mengisi masa lapang ahli disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Ahli juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dari seluruh negara didalam aktiviti yang diadakan oleh kelab di serata negara dan berkongsi masalah atau idea-idea baru berkenaan kereta Perdana kesayangan masing-masing. Baru-baru ini MyPC telah mendapat liputan media cetak iaitu Akhbar Sinar Harian dalam usaha kelab menambah keahlianya. Ini menunjukkan usaha dan komitmen kelab untuk memantapkan lagi kelab di seluruh negara dengan pertambahan ahli. Berikut disertakan keratan akhbar Sinar Harian pada 22 November 2009.

Photobucket

No comments:

Post a Comment