Malaysia Perdana Club (MyPC) Negeri Kedah telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengadakan Program Titian Kasih Bersama Anak2 Yatim Rumah Gemilang, Sik. Program ini merupakan aktiviti amal yang dianjurkan oleh MyPC Kedah bertujuan memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong sesama insan. Sebanyak 15 buah kereta Perdana telah menyertai konvoi ke Rumah Gemilang, Sik. Pelbagai aktiviti diadakan bersama penghuni Rumah Gemilang dan sumbangan disampaikan oleh MyPC Kedah. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan event ini. Tak lupa juga kepada PM event kali ini saudara MyPC Emi-DK kerana bekerja keras bagi mendapatkan sponsor dan menjayakan event kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua. Diharap kerjasama daripada semua ahli seperti ini dapat diteruskan pada masa depan bagi memantopkan lagi MyPC di Negeri Kedah khususnya dan seluruh negara amnya.

konvoi mula bergerak dari Alor Setar menuju ke Sik,

check point pertama RNR Pendang..


acara menampal sticker oleh MyPC Emi-DK



konvoi kembali bergerak menuju ke sik...

check point berikutnya Shell RNR Gurun

sempat shopping lagitu..

perjalanan dalam keadaan hujan yg agak lebat...

tiba di perkarangan Rumah Gemilang, Sik

susun kereta...bagi cantik2 hahh..



MyPC Anuar dan keluarga turut serta...

MyPC Azrul dan MyPC Mat Duih...mesra nampak...

penghuni Rumah Gemilang yang menanti ketibaan kami...lewat juga sampai haritu..


MyPC Nazrin merangkap Timbalan Ketua Perhubungan Negeri (KPN)...tahun depan boleh lantik lagi nii..dan seterusnya

rehat sat sebelum aktiviti bermula..


sory dik..lewat sampai


PM event ditemuramah oleh wartawan Akhbar Sinar Harian


Abg Anuar diserbu untuk dapatkan belon...


acara membelonkan diri...



ni bincang ka bergaduh niihhh...conpius..

serius nampak KPN MyPC Lan KD dan TKPN Negeri Kedah MyPC Nazrin..

kaum ibu turut tidak ketinggalan....

acara sukaneka bermula...bowling kelapa

bersemangat saudara Wari...



Penghuni remaja tekun mendengar ceramah dari AADK yg telah diaturkan

acara cari gula2 dalam tepung..


hah Mat Duih dok gelak apa tiup la cepat..

kebanggaan ahli..www.myperdana.com

saudara Emi membuat persiapan di khemah utama..rajin budak ni tapi nakal..


macam tepung gomak daahhh....



sukaneka isi air dalam botol guna span...kesian kena jalan itik..xpa sekadar suka2

juri jgn berat sebelah noo..

KPN ditemuramah oleh wartawan...glamour lepas nii..

ahli berentap dgn penghuni dalam acara bawa sudu guna bola ping pong...hehe..


kecik2 dulu tak sempat nk main...kesian..

MyPC Hanip

ala comel comel...saudara Shawn

patut la menang...menipu rupanya...tak baik tipu anak2 yatim Mat Duih...kami tak buat hg sorang ja buat mcm tu..


rehat sebentar utk makan dan solat zohor..


MyPC paling muda hehehe...anak saudara Nazrin

makan duluu...

pasangan romantik Sdr Wari dan isteri...hai bodek lebih nampak...ada ape2 kerr..

No comments:
Post a Comment